Portal Komuniti e-Pembelajaran Iklaneka
       GlokalWing
SELAMAT DATANG KE PUSAT INTERNET DESA KUALA NERANG...                       WELCOME TO KUALA NERANG RURAL INTERNET CENTRE...           HAPPY DEEPAVALI...

Pengenalan

           Pusat Internet Desa Kuala Nerang (PIDKN) telah dibuka kepada orang ramai mulai November 2003 sehingga kini. Penubuhan PIDKN ini adalah di bawah Kementerian, Tenaga, Air & Komunikasi (KTAK) dengan kerjasama Pos Malaysia yang sudi menyediakan kawasan bagi membina 'ANEX' untuk bangunan PIDKN.

         PIDKN kini mengalami proses penambahbaikan dari hiasan dalaman bangunan dan juga proses pengajaran dan pembelajaran yang bersistematik dalam memberi yang terbaik kepada komuniti setempat untuk mempelajari ilmu pengkomputeran terkini.

          Dari sudut sambutan pengguna, PIDKN sentiasa dikunjungi oleh komuniti setempat sama ada belia, wanita, usahawan dan penjawat awam serta swasta. Situasi ini memberi impak yang besar kepada PIDKN sebagai pemangkin perubahan minda masyarakat sekitarnya dalam merealisasikan dasar kerajaan  mengangkasakan bangsa agar cemerlang, gemilang dan terbilang.

          Manakala aktiviti yang dijalankan adalah mesra masyarakat memandangkan PIDKN sentiasa mendengar pandangan dan keinginan yang diluahkan oleh komuniti dalam mempermudahkan mereka terlibat secara langsung dengan perkhidmatan dan proses pengajaran dan pembelajaran yang diberikan khusus kepada mereka sama ada dari sudut penggubalan penjadualan untuk seiring dengan penghidupan seharian komuniti yang bekerja khususnya.     

         Realitinya, kemajuan dan status PIDKN adalah seiring dengan kehendak semasa dan  kementerian khasnya serta kehendak umum amnya dalam proses 'Merapatkan Jurang Digital' antara bandar dan desa.  

Secara alternatif anda juga boleh melawat kami di:

 PUSAT INTERNET DESA KUALA NERANG

 Pos Malaysia Bhd Kuala Nerang
JKR 1479, Jalan Raya,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darulaman.

 atau anda boleh layari:- www.kualanerang.pid.net.my

 Waktu urusan: 8.30 am-5.00 pm  Ahad - Khamis

Artikel Semasa
LOGO KUSPIDKN
Laman Utama
Organisasi
Info Terkini PIDKN
Info KUSPIDKN
Info RaPIDKN
Belia
Wanita
Keusahawanan
Kesihatan
Pendidikan
Pelancongan
Keselamatan dan Agensi Kerajaan
Jawatan Kosong
Akhbar Utama
Arkib
Pautan Laman Web
Daftar untuk mendapatkan maklumat terbaru daripada laman web
Adakah anda mampu menjadi usahawan berjaya di bawah KUSPIDKN?
A. Pasti Mampu
B. Mampu
C. Mungkin
D. Tidak Mampu
E. Cuba
Keputusan Undian
No Events

Hak milik Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan © 2009.